Thursday 26 January 2012

Alhamdulillah dengan kebesaran Allah

Sekarang ana sudah tubuhkan madrasah untuk pelajar lelaki iaitu Tahfiz Integrasi Ibnu Soleh dibwh Madrasah Ibnu Soleh dan madrasah untuk pelajar perempuan iaitu Madrasah Khairiah Lil-Banat di Madrasah Ibnu Soleh,Kampung Sempadan Dalam,28500 Lanchang,Pahang.Alhamdulillah masih ada ibu bapa yang inginkan anak-anak mereka dan diri mereka dekat dengan Allah dan mencari Ilmu Akhirat, pelajar -pelajar Tahfiz ditempat ana diberikan bimbingan bagaimana untuk dapatkan rasa takut kepada Allah,bagaimana untuk dapatkan solat yang khusyuk,mendalami isi kandungan ayat-ayat al-quran yang dihafalnya dan sebagainya.Alangkah ruginya wahai Tuan/Puan sekiranya anak anda tidak diberikan pendidikan seperti ini.Bimbinglah keluargamu serta anak isterimu ke jalan yang benar.
  • Tidakkah kita takut bahawa kiamat sudah dekat??
  •  Adakah kita rasa layak diri kita untuk bertemu dengan kematian ????
  •  Adakah amalan hidup kita semasa didunia ini sudah mencukupi untuk bawa ke Akhirat...??
  • Tidakkah Tuan/Puan merasa bahawa terdapat tanda-tanda Kiamat sekarang???
  • Adakah tanah akan terima kita sewaktu kita mati nanti??
  • Adakah kita tergolong bersama-sama para Nabi & Anbia' ??
Oleh itu,Tuan/Puan...hayatilah hidup kita,hidup ini hanya sementara sahaja untuk Allah menguji para hambanya untuk memilih kehidupan yang abadi di Akhirat kelak..Hendakkah kita masuk ke dalam neraka Allah? Betapa pedihnya azab Allah untuk orang-orang yang tidak beriman kepada Allah.Pintalah hidayah Allah,hidayah tidak akan dapat melainkan orang-orang tertentu yang Allah ingin berikan,moga-moga kita semua tergolong dalam syurga firdaus.Wallahualam

Friday 15 July 2011

Sejarah Penubuhan Pusat Penghayatan Solat

Tahun 1966,semasa ana belajar di Kolej Islam Petaling Jaya,Selangor selama 5 tahun,ana terpanggil & selalu bertanya dihati ana :

  1. kenapa jenayah x dapat ditumpaskan sedangkan kita solat?
  2. kenapa byk pencuri & perompak sedangkan kita solat?
  3. kenapa kita selalu bergaduh sedangkan kita solat?
  4. kenapa kita tidak berkasih sayang sedangkan kita solat?
  5. kenapa berlaku rasuah dimana-mana x kira antara siapa sedangkan kita solat?
                                                                 :قال الله تعالئ 
                                                  واقم الصلوة تنهى عن الفحشاء والمنكر
                                                             ( سورة العنكبوت اية45)
"Dirikan olehmu akan Solat,sesungguhnya solat itu mencegah kamu daripada melakukan jenayah fizikal dan spiritual"

Adakah ayat ini palsu?Adakah ayat ini x saintifik?Adakah ayat ni bukan datang dari Allah?Bagi menjawab soalan ini ,ana cuba utk membongkar ayat-ayat ni secara amali :
  • Awal tahun 1974,semasa ana menjadi Guru Bahasa Arab di Sekolah Tinggi Agama Sultan Abu Bakar,Pekan Pahang,ana cuba menulis sebuah buku kecil,tulisan jawi melalui tulisan tangan oleh seorang pelajar,Wan Zainuddin dari Kuala Lipis,yang bertajuk "KELEBIHAN SOLAT 5 WAKTU"
  • Pada tahun 1987,semasa ana menjadi Kadi Dearah Kuantan Pahang,demi mengatasi jenayah melalui Solat,11 buah surau dinaikkan taraf Masjid supaya Jemaah dapat disuntik dengan Solat Jumaat & agar jenayah dapat ditumpaskan
  • Bagi mengelakkan menjadi penipu yang berpanjangan kepada Makmum,bermula tahun 1977 ana menjadi Kadi Daerah Raub,hati kecil ana memberontak supaya membina Solat untuk menyelamatkan diri dari Neraka Wail,sehingga tahun 1988 ana berfikir cara untuk mengatasinya hanyalah dengan sambung belajar & ana memohon bercuti dari kerja Kadi selama 3 tahun utk melanjutkan belajar ke University of Jordan,supaya dapat membina solat tetapi tidak mendapat kebenaran & keputusan terpaksa dibuat untuk berhenti dari menjadi Kadi Daerah Kuantan dengan diberi notis selama 3 bulan
  • Akhir tahun 1988,ana sambung belajar di University of Jordan sehingga tercetusnya Perang Teluk pada akhir tahun 1990,pelajar Malaysia diperintahkan untuk balik supaya tidak berlaku perkara yg x diingini tetapi ana terpaksa beralih study di Syiria.Di Syiria ana mengaji Al-Quran dan Solat melalui guru khas ana di Masjid.Antaranya Dr.Mustafa Buraq
  • Pada tahun 1991,balik dari University dengan tidak "berdegree" demi utk membina Solat & pada tahun 1999,ana telah menulis sebuah buku lagi yang bertajuk : "PENGHAYATAN SOLAT"
  • Oleh kerana belum terbongkarnya lagi & belum mujarab lagi buku Penghayatan Solat,pada tahun 2000 ana menulis sebuah lagi buku untuk mendapatkan kekuatan & asas pembinaan Solat yang bertajuk : "PENGURUSAN SPIRITUAL" dengan mencari formula لا اله الا الله melalui latihan yg diamalkan oleh Jemaah Tabligh,ana memaksa diri ana utk keluar 40 hari sejak tahun 2009-2011 ini akan terus keluar dengan izin Allah,kerana Akidah adalah asas Solat (2K)
  • Bila hati nak ke Allah,x ada pula ilmu acara mendirikan Solat,pada tahun 2007,ana tergerak hati untuk menulis buku yang bertajuk : "RUKUN PENGHAYATAN SOLAT"
Maka terbongkarlah kebesaran mendirikan Solat yg diperintahkan 50 waktu dalam sehari semalam,tanpa cuti rehat kecuali di Akhirat.

Saban minggu seruan mimbar masjid yg utama ialah Taqwa & bukti orang yang bertaqwa memiliki Solat (2K): Sebab itulah hulum mendirikan Solat adalah Wajib.Yang utama daripada hukum2 Allah yg lain sehingga Allah memerintahkan menunaikan Solat secara rutin saban hari tanpa bercuti rehat khasnya kepada para lelaki.Berlainan dengan hukum Puasa Ramadhan setahun sekali,hukum haji sekali dalam seumur hidup & hukum2 lain jikadibandingkan dengan hukum Solat kerana -

Solat lebih berharga daripada perkara yang berharga
Solat lebih bernilai daripada perkara yang bernilai
Solat lebih beruntung daripada perkara yang beruntung
Solat lebih komersil daripada perkara yang komersil
Solat senjata yang ampuh daripada senjata yang ampuh
Solat pencinta kedamaian & keselamatan
Solat menjana rumahtangga bahagia,masyarakat & alam sejagat 

Kerana apa???ni jawapannya :
  1. Orang yang Solat x pecah amanah
  2. Orang yang Solat x mencuri wang ringgit,masa & sebagainya
  3. Orang yang Solat x mungkir janji
  4. Orang yang Solat x memberi & menerima rasuah
  5. Orang yang Solat aktif,produktif,berjaya didunia & akhirat
Tetapi SOLAT yang bagaimana????

Solat (2K) yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w :
                                                       انزل على عشر ايات من اقامهن دخل الجنة
"Telah turun kepadaku sepuluh ayat,barang siapa yang mengerjakannya mengikut perintah ayat2 ini akan masuk Syurga"

قد افلح المؤمنون
"Sesungguhnya telah berjayalah orang yang beriman"

Daripada ayat ni telah menjelaskan & membuktikan orang2 yang telah berjaya di dunia & akhirat ialah orang2 beriman.Dan orang2 yang beriman Solatya (2K).Solat (2K) boleh menumpaskan nafsu & jenayah zahir,batin,fizikal & spiritual.Inilah kriteria utama menentukan kerjaya & kemajuan didunia & akhirat.
Khusyuk Solat ialah Kesempurnaan Solat,inilah Solat (2K).Kesempurnaan Solat menentukan ibadah yang lain diterima @ x kerana Solat adalah tiang agama.Sabda Rasulullah s.a.w :

الصلاة عماد الدين فمن اقامها فقد الدين فمن تركها فقد هدم الدين
(رواه ابن عمر)
"Solat itu tiang agama,sesiapa yang menegakkan solat maka sesungguhnya menegakkan agama & sesiapa yang meninggalkan solat maka sesungguhnya meruntuhkan agamanya"

Solat (2K) Sebagai Tiang Agama: kalau tiang x ditegakkan dengan kuat,kukuh & baik maka bumbung,dinding & lantai akan musnah dengan mudah.Kiranya Solat dapat ditegakkan dengan sempurna maka puasa,zakat,haji,ekonomi & seterusnya negara Islam keseluruhannya dapat ditegakkan kerana ada tiang yang kukuh.Bagi menentukan kerja lain itu menjadi Ibadah maka wajiblah sempurnakan Solat.Kesempurnaan Solat ialah Khusyuk Solat & inilah Solat (2K)....

                                        ni la cara solat yang di suruh oleh nabi Muhammad s.a.w

MAJIS PENGISYTIHARAN JAWATANKUASA PUSAT PENGHAYATAN SOLAT

















Tapak Projek Madrasah Ibnu Soleh

Tapak Projek Madrasah Ibnu Soleh (pelajar lelaki) ini dikelilingi dengan Pusat Penghayatan Solat,Pondok Ibnu Soleh,Ibnu Soleh Resort yang cantik & Madrasah Khairiah Lil-Banat (pelajar wanita)